Wednesday, 21 September 2011

2,000 Pengunjung Banjiri Padang MDL



PASUKAN Batalion Ke-8 RAMD Kem Lipis menunjukkan persembahan tempur tanpa senjata sempena sambutan perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 daerah Lipis, di Padang Majlis Daerah Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 20 Sept. - Seramai 800 peserta daripada 28 pasukan mengambil bahagian dalam acara perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat daerah Lipis, di Padang Majlis Daerah Lipis, di sini, baru-baru ini.
Acara bermula pukul 6.30 pagi itu apabila pasukan terbabit berarak melalui persisiran Sungai Jelai menuju ke padang Majlis Daerah Lipis (MDL) sambil diiringi persembahan pancaragam dari Batalion Kelapan Askar Melayu Diraja (8 RAMD) Kem Lipis.
Hadir sama Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani; Pegawai Pemerintah Batalion 8 RAMD Kem Kuala Lipis, Leftenan Kolonel Mohd. Yusoff Nor dan Ketua Polis Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan.
Seramai 2,000 pengunjung daerah ini hadir menyaksikan perarakan itu yang turut diserikan dengan persembahan silat, tarian naga, koir, dan bacaan puisi.
Para pengunjung juga teruja melihat persembahan daripada pasukan Batalion 8RAMD seperti tempur tanpa senjata, aksi motor, tempur benet, lompatan api, tarian perang dan aksi tugu.
Dalam pada itu, kontinjen Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lipis diumumkan sebagai pasukan terbaik acara perarakan kategori Jabatan Kerajaan dan Swasta.
Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford pula diumumkan sebagai pemenang bagi kategori sekolah sempena sambutan itu tahun ini.

No comments:

Post a Comment