
Jualan kenderaan keseluruhan pada Ogos meningkat 5.7 peratus kepada 58,382 unit daripada 55,208 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Jualan Ogos berkembang 16 peratus atau 8,130 unit berbanding bulan sebelumnya, berikutan hambatan membuat penyerahan bersempena Hari Raya dan penerimaan prosedur permohonan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.
Bagaimanapun, jumlah jualan bagi tempoh lapan bulan turun kepada 405,837 unit daripada 409,806 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata MAA dalam satu kenyataan.
Jumlah kenderaan penumpang pada Ogos meningkat kepada 52,559 unit daripada 49,642 unit pada tempoh yang sama tahun lepas manakala jualan kenderaan komersil meningkat kepada 5,823 unit daripada 5,566 unit.
Bagi tempoh Januari-Ogos, jualan kenderaan penumpang turun kepada 363,048 unit daripada 369,689 unit bagi tempoh yang sama tpada 2010 manakala jualan unit komersil meningkat kepada 42,789 unit daripada 40,117 unit.
Sementara itu, pengeluaran kenderaan keseluruhan pada Ogos, merosot kepada 44,789 unit daripada 50,858 unit yang dicatatkan pada tempoh bulan yang sama tahun lalu.

No comments:
Post a Comment