Tuesday, 20 September 2011

Kemeriahan Aidilfitri Di DQ



Antara tetamu pada majlis Aidilfitri di Darul Quran, Kuala Kubu Bahru, Selangor, baru-baru ini


DARUL Quran (DQ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 8 September lalu di perkarangan Masjid DQ, Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini adalah berkonsep kerjasama antara warga DQ, para pelajar dan syarikat-syarikat swasta di DQ.
Sambutan pada tahun ini juga amat meriah kerana juadah-juadah hari raya yang disediakan adalah hasil bergotong-royong serta sumbangan semua pihak.
Pengarah DQ, Paimuzi Yahya dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dan mengharapkan ia diteruskan di masa hadapan.
Antara yang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya tersebut adalah para pegawai Jakim, wakil agensi kerajaan Daerah Hulu Selangor dan rakan-rakan media yang sentiasa memberi kerjasama kepada DQ.
Antara juadah yang menarik yang disediakan seperti sate, lemang, nasi dan gulai kawah, mee sup serta lain-lain juadah yang menyelerakan.
Majlis yang berakhir sekitar pukul 3 petang itu bukan sahaja menceriakan warga DQ tetapi juga merapatkan lagi ukhuwah pada bulan Syawal ini.
Penubuhan DQ bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia.
Pada 1 November 1998, DQ ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks DQ di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

No comments:

Post a Comment