Wednesday, 21 September 2011

UCSA Anjur Akedemi Ramadhan



PARA fasilitor UCSA bersama peserta terdiri murid sekolah rendah yang menyertai program Akademi Ramadan di kolej itu di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 20 Sept. - Kolej Universiti Shahputra (UCSA) menganjurkan Akademi Ramadan untuk murid-murid sekolah rendah pada bulan lalu.
Program yang disertai murid-murid yang berumur antara 10 dan 12 tahun itu bertujuan memberi peluang kepada peserta mendalami aktiviti ibadah dan kerohanian.
Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Korporat UCSA, Nurul Azman, antara pengisian yang dilakukan adalah tadarus al-Quran, solat tarawih, sesi motivasi dan permainan menguji minda.
"la bertujuan membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dan pendekatan sesuai dengan usia mereka," katanya di sini baru-baru ini.
Nurul berkata, Timbalan Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCSA, Asmadi Abd. Rahman turut dijemput bagi menjayakan program itu.
Menurutnya, pemilihan Asmadi dibuat kerana mempunyai pengalaman luas dan sering menjadi tetamu jemputan di radio tempatan menerusi program berbentuk dakwah dan keagamaan.
Katanya, program yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam itu dianggap berjaya kerana mendapat sambutan daripada murid-murid di sekitar daerah itu.

No comments:

Post a Comment