Saturday, 24 September 2011


ORANG ramai termasuk peserta konvoi tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan pada hari pembukaan.


K&J Bikers Fashion Sdn. Bhd. (K&J Bikers) yang bertindak selaku pengedar tunggal pakaian dan aksesori motosikal jenama IXS Motorcycle Fashion di negara ini membuka butik pertamanya di Menara Kelana Park View, Kelana Jaya di Selangor baru-baru ini.
IXS Motorcycle Fashion merupakan produk dari Switzerland yang merangkumi keperluan golongan penunggang motosikal termasuk sukan bermotor ekstrem. Jenama itu kini diedarkan menerusi 50 buah cawangan di seluruh dunia.

PAKAIAN perlumbaan penuh untuk kegunaan di litar.


Pengarah K&J Bikers, Azhari Bahari memberitahu, butik seluas 153.29 meter persegi itu menawarkan rangkaian pakaian dan aksesori untuk penunggang motosikal lelaki dan wanita.
Antara produk yang ditawarkan ialah pelbagai jenis kasut, seluar, jaket, topi keledar, pakaian perlumbaan penuh, pelindung lutut dan belakang, sarung tangan, gogal serta beg.
“Objektif utama kami menjalankan perniagaan ini adalah untuk memperkenalkan jenama IXS Motorcycle Fashion di Malaysia. Selain menawarkan barangan berkualiti untuk keselamatan para penunggang,” katanya ketika ditemui Kosmo!
Majlis perasmian butik tersebut disempurnakan oleh bekas Pengarah Eksekutif Kejuruteraan dan Pengeluaran Proton, Datuk Kisai Rahmat. Hadir sama ialah rakan kongsi Azhari yang juga Pengarah K&J Bikers, Khalid Mohd. Daud.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 200 pemilik motosikal berkuasa tinggi dari pelbagai kelab motosikal dalam negara.
Tiga cawangan lagi
ANTARA produk pelindung badan dan kaki yang ditawarkan.


Jelas Azhari lagi, perbincangan berhubung pembukaan premis tersebut berlangsung sejak awal tahun ini dan mendapat persetujuan pada bulan Mei lalu.
“Pelaburan awal bagi memulakan ini mencecah RM380,000. Kami berhasrat membuka tiga cawangan lagi iaitu di Pahang, Pulau Pinang dan Johor.
“Kami menjangkakan cawangan pertama di Kuantan dapat direalisasikan selewat-lewatnya Februari tahun depan,” katanya yang mengesahkan bahawa perbincangan mengenai cawangan itu sedang giat dijalankan.
Mengulas lanjut mengenai tawaran produk, beliau memberitahu pihaknya bakal memperkenalkan pakaian dan aksesori IXS Motorcycle Fashion untuk sukan berbasikal ekstrem tidak lama lagi bagi mempelbagaikan portfolio perniagaannya.
K&J Bikers dibuka setiap hari bermula seawal 10 pagi sehingga 10 malam. Harga produk yang ditawarkan bermula dari serendah RM350 hingga RM6,000.
Maklumat lanjut mengenai K&J Bikers, anda boleh melayari laman web www.ixsmalaysia.com.my atau menghubungi talian 03-78802511.

No comments:

Post a Comment