
Tune Hotel menawarkan promosi hebat serendah RM1 semalam bagi bilik di Malaysia dan RP10,000 bagi bilik di Bali sempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang baru berlalu baru-baru ini.
Pelanggan boleh mula membuat tempahan sehingga 30 September ini bagi tempoh menginap bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos tahun depan, dan promosi terbuka kepada pelanggan yang menempah awal.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mark Lankester berkata, Tune Hotel berjaya meletakkan jenamanya sebagai hotel bajet terkenal di kalangan pelancong serata dunia.
“Kami berbesar hati dapat menyediakan perkhidmatan kepada lebih dua juta tetamu Tune Hotel yang pastinya mendapat pengalaman unik daripada layanan yang diberikan. Konsep bayar sambil guna juga membolehkan Tune Hotel mengekalkan harga rendah kepada tetamu melalui harga promosi seperti ini.
“Penjimatan ini secara tidak langsung boleh digunakan untuk kegunaan lain sepanjang percutian mereka. Setakat ini maklum balas yang diterima dari tetamu Tune Hotel adalah positif,” katanya.
Sementara itu, dengan menambah lebih banyak bilik untuk rangkaiannya, Tune Hotel dilihat semakin memperbaiki keupayaan operasi selain telah menghentikan caj pentadbiran untuk setiap tempahan bermula Januari lalu.
Lankester berkata, sekurang-kurangnya 30 Tune Hotel baru akan dibuka dalam tempoh 15 bulan akan datang.
Tune Hotel juga akan menambah portfolionya dalam bidang hartanah dengan pembukaan hotel terbarunya di Kulim, Kedah minggu depan.

No comments:
Post a Comment